Assalammualaikum w.r.b;

Saya, Hj. Safar Said adalah tuanpunya kepada Homestay Pagoh Jaya (HPJ) ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian tuan/puan melayari blog ini.

Tujuan saya menyediakan HPJ ini adalah untuk memudahkan tuan/puan mendapatkan penginapan yang bersesuaian dengan harga yang paling munasabah. Hanya kira-kira 5 minit keluar dari Tol Pagoh Lebuhraya PLUS, tuan/puan telah sampai ke HPJ.  Untuk mendapatkan hotel di bandar Muar, jarak yang mesti dilalui kira-kira 30 km dengan lalulintas agak sibuk dan melepasi paling kurang 5 lampu isyarat.

HPJ merupakan sebuah rumah teres 4 bilik terletak di dalam sebuah taman perumahan yang sedang membangun, di tengah-tengah kawasan Hab Pendidikan Pagoh. Disekitarnya juga terdapat banyak institusi bukan pendidikan,  tempat bersejarah dan  pelancongan



  (untuk maklumat lanjut, 
sila lawati ke bahagian-bahagian lain blog ini)


Dengan menjadikan HPJ ini sebagai tempat persinggahan, saya berharap dan berdoa agar segala tujuan dan tugas tuan/puan akan terlaksana dengan jayanya, insyaAllah. Semuga kita dapat meneruskan perhubungan di masa akan datang, dengan izin Allah.

Sebarang kesulitan ketika di HPJ. saya minta maaf dan tuan/puan dipersilakan untuk menghubungi saya (Hj. Safar : 013 - 62 456 66) jika terdapat sebarang masalah ketika di Daerah Muar dan Daerah Ledang.


Terima kasih.