Lokasi


Homestay Pagoh Jaya (HPJ) terletak kira-kira 1 km sebaik keluar  Tol Pagoh daripada lebuhraya PLUS.


Susur keluar Pagoh adalah selepas susur keluar Tangkak dari arah utara dan Yong Peng Utara dari selatan.

HPJ terletak di Taman Pagoh Jaya dan bersebelahan dengan IKBN Pagoh. 

Oleh itu kepada mereka yang keletihan dan bosan ketika memandu daripada utara ke selatan, bolehlah berehat di HPJ. 

Dapatkan ketenangan dengan beristirehat semalam dua di HPJ sambil membuat aktiviti yang menyeronokkan.

HPJ di kelilingi dengan pelbagai tempat yang menarik dan berguna untuk menambahkan ilmu. Begitu juga rasailah makanan orang-orang Muar. Senarai tempat adalah sebagaimana di dalam bahagian "Urusan Sosial" blog ini.


Begitu juga kepada mereka yang mempunyai tugasan di Pagoh atau di Daerah Muar atau di Daerah Ledang, bolehlah menghilangkan penat di sini terlebih dahulu. 




Sebagai rujukan asas, kami ada menyediakan peta kasar untuk ke tempat-tempat yang kerap dilawati oleh para pelancong. 






Kami ada tampalkan peta di atas di dalam HPJ